Sunday, April 6, 2008

Nasihat Utk Nik.. Ujian Yg Tak Berkesudahan


Mengutip kata-kata Muhammad Ahmad ArRasyid dalam bukunya al-Muntalaq..da'i mukmin itu sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan yang membuatkannya sentiasa berada dalam amal salih dan berazam kepada kebaikan. Dan sebaliknya, tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.
Keduanya akan sentiasa berulang-alik antara satu sama lain dan merupakan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti dan akan terus berlaku… Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman perlu mewajibkan diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa hati mereka daripada sebarang penyakit.. Memeriksa ilmu dan iman daripada pergelinciran yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah.

Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman.
Beliau telah berkata ketika mengingatkan sahabatnya, “Marilah kita duduk sebentar untuk beriman..”

Bahkan sahabat-sahabat sendiripun mengalami sindrom kefuturan, apatah lagi kita yang hidup dalam sepekat-pekat jahiliyah setiap hari. Jahiliyah dalam kehidupan kita umpama udara toxic yang mengelilingi kita… mahu tak mahu, secara tidak kita sedari,kita menghirupnya setiap hari, ianya meresap ke dalam diri kita… jika kita tak sedar, tak berusaha membersihkan diri dari semasa ke semasa, ia akan membentuk mendakan pada hati lantas mengeraskannya.. bila hati keras, sampai satu tahap maksiat tidak menggetarkan hati kita, dan tarbiyah menyesakkan dada kita (nauzubillah).. hingga tahap ini, halawatul iman sudah hampir terhapus dari hati..

Satu hari semasa halaqah, masul ana menasihati ana.. hidupnya seseorang itu bila hidup hatinya dgn iman. Dan iman itu bukanlah dengan angan-angan… ia merupakan kurnia yang besar dari Allah.. sebesar-besar nikmat yang dilemparkan ke dalam hati org mukmin. Bila Allah beri kita nikmat iman, Dia takkan membiarkan kita begitu sahaja..

Bismillah,

Alif Laam Miim, apakah manusia menyangka mereka akan dibiar mengatakan ‘Kami telah beriman’ sebelum mereka diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelm mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia menetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut:1-3)

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana orang terdahulu sebelum kamu? Mereka di timpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam-macam cobaan seingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya, ‘Bilakah akan datangnya perolongan Allah’ Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat (Al-Baqarah: 214)

Semua orang melalui fasa ini... Bahkan Rasul pun melalui ujian ini. Apatah lagi kita yang serba kekurangan ni. Setiap orang yang tak maksum ada karat2 jahiliyahnya yang cuba diaperangi. Dan kita perlu sentiasa berusaha memeranginya... Ana yakin semua org yang Allah beri kesedaran, mereka semua sentiasa diuji dan melalui fasa ini.. ini merupakan sesuatu yang Allah dah tetapkan pada siapa saja yang mengaku dia beriman. Cuma kita janganlah mengambi mudah dgn dosa. Kita perlu sentiasa cuba untuk memelihara diri..

Maha Suci Allah Yang Menguasai kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang Menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun (Al-Mulk: 1-2)

Nasihat masul ana lagi, yang sepatutnya yang terjadi ialah, bila semakin banyak kita diuji, kita perlu semakin dekat dengan Al-Quran. Bukannya semakin jauh dari Al-Quran. Al-Quran adalah sebaik-baik penawar hati, mukjizat Allah yang hebat untuk melenturkan hati. Cepat-cepatlah leburkan karat itu dgn Al-Quran.. bukankah ini kaedah yang Rasulullah s.a.w ajarkan.. Sabda RAsulullah s.a.w, ‘sesungguhnya hati itu berkarat sepertimana berkaratnya besi dan penarwarnya ialah membaca Al-Quran dan mengingati mati’

Wallauhu’alam. Semoga Allah memelihara mu..

No comments: