Sunday, December 23, 2007

My Heart

Dalam diri manusia Allah jadikan segumpal darah iaitu hati. Hatilah tempat bergolaknya perasaan, tempat berbunganya rasa cinta dan rindu, tempat membakarnya rasa marah dan dendam. Hati akan merasa sakt jika yang dihajati tak kesampaian, keinginan kita tak dapat ditunaikan.. hati juga akan merasa bahagia jika impian kita menjadi kenyataan, bila yang diidamkan berada dalam genggaman.

Dan hati ini, kita sentiasa berhajat kepada sesuatu.. seringkali kita rasa inginkan sesuatu utk mengisi kekosongan hati. Kerana sepertimana jasad, hati juga perlu kepada makanan.. hati yang dibiarkan kosong tanpa pengisian akan sakit dan merana. Ada orang yang megisi kekosongan hati dengan alunan muzik yang melayan jiwa dan perasaan, dengan lagu-lagu cinta yang mengasyikkan.. ada juga yang ingin mengisi kekosongan hati dengan cinta si dia agar tak kesunyian, ada juga yang memberi makan hatinya dengan jenaka lucu dari tv, komik dan hiburan dari segala ruang media.. tapi akhirnya, ramai yang tidak dapat menjadikan semua itu sebagai penawar keresahan dan kekosongan hati. Hatinya masih kekurangan sesuatu, tidak merasa nikmat kehidupan yang sebenarnya.

Apa sebenarnya yang diperlukan oleh hati? Jika diisi dengan hiburan dunia yang melalaikan, hati akan rosak. Kerana dunia sifatnya tidak pernah cukup.. kita akan mudah rasa bosan. Oleh itu, hati kita sangat perlu kepada sesuatu yang mensucikan, yang boleh menjadi ubat penawar segala gundah gulana.. setelah sekian lama hati terdedah kepada perkara-perkara yang melalaikan, ia akan menjadi kotor dan keras. Macam pakaian kita juga, hati kena selalu dibersihkan. Kalau baju, kita sanggup basuh hari-hari supaya tak busuk dan kotor, siap tambah pelembut dan pewangi.. bagaimana pulak nasib sekeping hati di dalam diri ni? Bilakah kali terakhir kita basuh ia dengan taubat nasuha, kita lembutkan ia dengan zikrullah dan tambah pewangi muraqabah(sentiasa merasa kehadiran Allah). Kerana tanpa muraqabah, hati akan mudah ditakluki syaitan.. sudah la kotor dan busuk dengan maksiat dan dosa, malah dengan mudah nya disinggahi parasit laknatullah, si iblis dan syaitan.

Selain itu, sentiasalah kita suburkanlah hati dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan perbincangan yang mngingatkan kita kepada Allah, kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Tapi nasihat dan ilmu takkan dapat terkesan di hati, kalau kita tak bersihkan dahulu hati itu. Umpama cawan yang kotor berhabuk.. jika dituang dengan air sejernih manapun, air tu akan menjadi keruh. Begitu jugak hati kita.. sentiasalah muhasabah diri kita setiap masa..setiap hari. Apa khabar hati kita hari ini? Adakah dalam iman atau sebaliknya. Kita renung nasihat Imam Malik, ilmu itu umpama cahaya Allah, ia tidak akan memasuki ke dalam hati yang kotor.Wallahu’alam.

‘Di antara kemenangan dan kekalahan itu, kadangkala hanya dipisahkan oleh sesaat kesabaran’

Wednesday, November 21, 2007

Masa dan Waktu


Imam Asy-Syafi’e pernah berkata: “Aku pernah bersahabat dengan kaum sufi. Aku tidak memetik manfaat dari mereka kecuali dua ungkapan bijak. Pertama berbunyi; ‘Waktu adalah pedang, jika engkau tidak dapat mematahkannya, ia akan memenggalmu’. Kemudian menyebutkan ungkapan lain; ‘Dan nafsumu, jika engkau tidak membuatnya sibuk dengan kebenaran, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan.”

Saturday, June 23, 2007

Qalbun Salim





Ibn Qayyim telah menulis: “Hati adalah satu-satunya saja yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk ditempatkan IMAN”

Seandainya terabai kesihatan hati maka Iman akan melemah sehingga tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan ubudiyyah

Tuesday, June 19, 2007

Check up

Sejauh mana peringatan dapat menggegarkan hati kita.. itu merupakan salah satu kayu ukur kesihatan hati. Sama ada ianya sihat, sakit, nazak ataupun telah mati...
"hidupnya seseorang itu adalah apabila hidup hatinya” (Mustafa masyhur)
Carilah peringatan.. carilah ayat-ayat yg menyebut peringatan dari Allah.. semoga ia sentiasa menggegarkan hati kita, sentaiasa membuatkan kita kuat dan sedar..
(Nik, Berusaha!!)

Bekalan Paling Utama

‘Di dalam jalan dakwah ini, kita amat memerlukan Allah, supaya Dia memantapkan kita dalam perjalanan ini tanpa bimbang dan ragu, tanpa menjauhkan diri dari amal, tanpa meninggalkan amal dan kewajipan walau bagaimana berat dan banyak sekalipun.’
(Mustafa Masyhur, Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah)

Friday, June 15, 2007

Iman




Prof Yusof Al-Qardawi :

" Imanlah satu-satunya unsur yang dapat mencipta perubahan dalam jiwa manusia dan menjadikan manusia dalam bentuk yang baru, sehingga berubah pada pandangan hidup dan jalan hidup yang ditempuhnya. "


Wednesday, June 13, 2007

Masa Itu Kehidupan


Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, “jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

Tuesday, June 12, 2007

Ya Ukhti Fillah

Aku menyedari akan sikapku yang mengabaikan hakmu ke atasku, supaya aku menjadi sahabat yang baik.. yang sentiasa menggerakkan mu bekerja di jalan Allah.. aku memohon dengan penuh kekesalan agar kau memaafkan sikapku.
Namun aku juga menuntut hakku ke atasmu supaya kau berbaik sangka kepadaku. Bahawa aku mencintaimu kerana Allah. cinta ku padamu itulah roh yang memberikan kekuatan untukku bergerak dalam medan yang serba pahit ini. Walaupun kadang kala jalan kita berbeza, namun ketahuilah, yang menjadi penggerak kita bekerja adalah perkara yang sama. Seruan yang kita kibarkan juga adalah seruan yang sama, iaitu supaya manusia kembali kepada Allah. Dakwah kita kita adalah untuk islam.. dan islam itu hanya satu... Iaitu islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam itu jualah yang kita pikul bersama.. semoga Allah merahmatimu.
Aku merasa malu kepadamu, di atas kelalaian ku dalam memelihara akhlakku. Sesungguhnya akhlak daie ialah cermin kejernihan dakwahnya. Aku merasa sedih dan kecewa kerana aku gagal mempertahankan akhlak yang baik. Aku bimbang, akulah yang akan menjadi lubang fitnah kepada Islam. Aku merasa lemah setiapkali aku diberatkan dengan musibah… di uji dengan sahabat-sahabatku.. dirisaukan tentang hal-hal remeh temeh, disibukkan dengan dunia, dirasuah oleh kesakitan tubuh badan yang sedikit untuk aku berehet daripada berdakwah… sesungguhnya tiada rehat di dalam jalan dakwah melainkan apabila kita kembali menemui Allah.

Katakanlah: “Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )
(Surah Az Zumar : 53-56)

Justeru aku menggagahkan juga diriku untuk terus berseru. Walaupun aku tahu yang aku terlalu banyak tergelincir dalam kefuturan. Namun aku yakin, seteruk mana pun keadaanku, setiap saat yang aku lalui bakal disoal oleh Allah. dan aku tidak akan mensia-siakan saat ini, untuk merasa malu dan berhenti menasihatimu.
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya taqwalah yang membezakan kedudukan setiap kita di sisi Allah. Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa. Bekerjalah di jalan Allah dengan hati yang penuh dengan cinta. Sesungguhnya kita semua umpama batu bata yang membentuk Deen ini. Setiap satu mengukuhkan antara satu sama lain. Jika salah satu bata ini gugur, lemahlah binaan Islam. Mudahlah ia roboh jika diserang oleh musuh. Oleh itu, kuatkanlah aku dengan peringatan-peringatan dari Allah. Supaya aku sentiasa mengingati Allah dan menjadi kekuatan kepada Islam.. Wallahu’alam.