Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak pernah putus harapan tehadap mana-mana manusia. Ya, ada kalanya sebahagian dari manusia susah ditundukkan kepada al-Haq, akan tetapi dengan kesabaran, hilm dan dengan doa dari hati yang ikhlas, masalahnya akan mudah diurus.
Ya Akhi..
Aku tidak akan memandang ke belakang, tetapi sebaliknya aku berusaha setiap detik dengan amal yang baru untuk dakwah. Aku berfikir, hatiku sentiasa terbakar dan aku merasa tersiksa melihat muslimin yang hidup dala kelalaian. Aku mencintai saudara-saudaraku. Aku sentiasa menganggap bahawa cinta mereka ini ibarat iksir hayat (geliga kehidupan) dan kebahagiaan yang sentiasa memberiku bekalan dan bahan bakar. Aku akan terus membaca, berfikir dan berusaha mengenali seorang saudara baru. Akan ku tulis risalah dan surat kepada saudara-saudaraku selagi aku mampu.
Ya Akhi..
Aku seperti yang kau lihat adalah seorang lelak yang dimabuk cinta kepada saudara-saudaranya serta tidak punya perlabuhan di dalam dunia ini kecuali hati dan jiwa. Inilah rindu yang agung dan perasaan yang subur yang telah dijadikan Allah di sisi orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, yang saling ziarah menziarahi dan duduk bersama di dalam suatu majlis kerana Allah.
Sesungguhnya dakwah kita bukanlah dakwah tempatan sahaja dan tidak ada padanya asabiyah. Dakwah kita adalah untuk semua manusia. Oleh kerana itu dakwah kita adalah dawah ‘alamiah. Adalah satu kesalahan membatasinya kepada satu negeri atau benua.

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata:
“Sekiranya aku mampu, aku ingin menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang dilahirkan”
Dengarlah.. berapa banyakkah saudara-saudara kamu yang telah kamu cintai? Bayangkanlah, apabila kamu bangun melaksanakan kewajipan dakwah ini, kamu akan mencintai banyak orang dan banyak pula yang akan mencintai kamu. Kamu akan merasa sugguh bahagia dengan hati-hati mereka dan hati-hati mereka merasa bahagia dengan hati kamu. Apa yang akan ku katakana kepadamu… sesungguhnya kamu dan saudara-saudara kamu yang tercinta, yang berada di sisi kamu itu merupakan peluang keemasan yang tidak ternilai di kalangan generasi ini kalau kamu dapat mempersatu padukan mereka di atas jalan Allah.