Friday, January 2, 2009

Donut Enak



Cara-cara membuatnya..simple je

1. beli sepeket yis di mana-mana kedai.. (xkesah lah jenama apa pn, yg penting belakang peket kne ada resipi donut)
2. baca resipi donut di belakang peket tersebut..
3. jangan percaya 100% dengan sukatan yg diberi.. adjust la yg mana patut..
4. uli doh dgn penuh kasih sayang..
5. biarkan doh mengembang dgn sihat dan gebu.. (lebih kurang 30min)
6. uli doh bentuk bebola kecil (diameter 3cm), boleh isi dgn jem, sekaya, peanut butter, coklat.. boleh buat lubang ditengah..
7. panaskan minyak dalam kuali.. biar betul2 panas..
8. lepaskan donut yg dah dibentuk ke dalam kuali satu demi satu.. deep fry sampai diorang jd kembang dan berwarna kekuningan..jangan lama sgt nnt hangit (xsmpai 30saat)
9. dry blend gula biasa smpai jadi debu..
10. golek2 donut yg baru goreng tadi dalam gula debu..
11. ambik bau.. hidang.. baca doa dan makan..

sennag kan?

(resipi utk 1 peket yis td selalunya boleh buat 20 biji donut) :p

Kisah Seorang Tua dan Budak Kecil


Ada seorang lelaki tua bertemu anak kecil ketika menyusuri sungai. Anak kecil itu sedang berwudhuk sambil menangis. Ketika ditanya, "Nak, mengapa engkau menangis?" Budak itu menjawab, "Wahai datuk, ketika aku membaca Al-Quran aku temukan firman Allah 'Wahai orang-orang beriman, jaglah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu..' (At-tahrim:6) Timbullah ketakutanku apabila dilemparkan ke dalam api neraka."

Lelaki tua itu berkata, "Wahai anakku, janganlah engkau takut, engkau tidak akan dicampakkan ke dalam neraka, sebab engkau belum baligh. Engkau belum layak untuk di masukkan ke dalam neraka." Anak kecil itu menjawab, "Engkaukan orang yang berakal, apakah engkau tidak tahu apabila seseorang hendak menyalakan api, ia akan memasukkan kayu bakar yang kecil dulu baru kemudian kayu bakar yang lebih besar.."

Mendengar kata-kata budak itu, menangislah lelaki tua tadi sambil berkata, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih ingat kampung akhirat daripada diriku. Dunia telah jauh menyeretku."

(Al Buka Al Mabrur)

Kisah Imam Malik


Ibn Qasim seorang ulama' fiqh Mesir yg wafat tahun 191H mengisahkan, "Aku pernah mendatangi Imam Malik sebelum waktu fajar. Aku tanyakan dua masalah, tiga masalah atau empat masalah, dan aku melihatnya benar-benar dalam suasana lapang. Kemudian aku mendatanginya hampir setiap waktu sahur. Terkadang kerana lelah,mataku tertutup dan aku tertidur. Ketika Imam Malik keluar ke masjid aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku dibangunkan oleh pembantunya seraya mengatakan, "Gurumu tidak tertidur seperti kamu. Padahal usianya telah mencapai empat puluh sembilan tahun. Setahu ku ia nyaris tidak shalat dengan wudhu' untuk shalat Isya'."

(Zero to Hero)