Sunday, October 5, 2008

Selamat Hari Raya



Today is hari raya..
Aku dapat byk msg raya hari ni.. one of it is from my teacher.. “semoga eidul fitri memerdekakan jiwa”.. Aku terfkir.. bila melihat suasana di sekeliling, banyak yang aku fikirkan.. aku rasa, tak ramai orang yang mungkin terfikir hal ni.. melihat suasana di kaca tv, lagunya, tariannya,jamuannya.. pakai ragamnya.. kegembiraannya.. sorakkannya.. memang seperti orang yang menyambut kemerdekaan… kemerdekaan yang besar lihatnya...Tapi kemerdekan dari apa? Mungkin mereka telah merdeka dari konkongan makan, perbuatan dan segala pancaindera.. atau sekadar menyambut keraian tahunan.. tanpa apa-apa makna yang istimewa.. seperti menyambut hari lahir.. tahun baru cina.. hari natal segala.. rutin tahunan biasa..Atau mungkin… (jawab sendiri)
Semoga hari raya ini menjadi titik mula yg baru untuk kita.. hari ini adalah hari konvokesyen kita semua.. dari madrasah ramadhan yang mulia.. merdekakan diri kita dari segala kekotoran jiwa.. raikan perjangan kita mendidik jiwa selama sebulan.. raikan .. dan teruskan perjangan…
SELAMAT HARI RAYA> TAHNIAH SEMUA

Sunday, September 28, 2008

Follow ur IMAN


Is LiFe a SerIeS oF pAinfuL diSasTerS?

No! LifE iS a SeRieS oF LeSsons YoU NeED. HaPpEninG in PeRfEct OrDer... to keeP u FiT

We aRe ConTinUaLLy BeinG pResEntEd With LeSsoNs. UnlesT wE LeaRn tHe LesSonS, We gEt To Take tHem aGain aND aGaiN.. anD AgaiN...

iTs All paRt oF ALLAH's pLaN.. a pAckage To maKe u A bEtteR maN

Jaga Allah dalam hati kamu, nescaya Allah akan jaga kamu dalam kehidupanmu..

Tuesday, September 2, 2008

Bersedekah

Seseorang hamba apabila tiba waktu pagi, dia berniat untuk melakukan kebaikan untuk dirinya dan orang lain, dia akan berada di dalam pemeliharaan Allah SWT. Seseoang hamba diberi pahala sejak awal hari atau di tengah-tengah harinya mendapat inayah Allah SWT. Rasulallah saw menunjukkan cara memuji Allah, bersyukur dan bersedekah dengan anggota badan. Seseorang yang dicatat baginya nilai sedekah akan bearda dalam pemeliharaan Allah. Seorang yang bangun pagi dan mendapati dirinya sihat walafiat adalah wajar bagi dirinya bersedekah sebagai syukur dan pujian bagi Allah.

  • Rasullallah saw telah menjelaskan kepada kita beberapa cara untuk bersedekah dalam hadith ini :

    a. “ Engkau mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah”
    · Membantu yang lemah untuk menjadi kuat.
    · Membimbing yang berbuat dosa untuk bertaubat.
    · Mendamaikan dua pihak yang bersengketa sehingga mereka berbaik dan berkasih sayang
    · “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan2 dari orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat maaruf, atau mengadakan perdamaian di atara manusia.”
    ( Q.s. AnNisa’ : 114)

    b. “ Engkau membantu seseorang mengangkatnya atau mengangkat barang-barang nya ke atas tunggangannya adalah sedekah.

    · “ Allah akan sentiasa menolong seorang hamba manakala hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( H.r dari Abu Hurairah )
    · Membantu dalam apaj ua aspek - fizikal pemikiran dll.
    · Ini bergantung kepada kekuatan yang ada dalam jiwa kita,dorongan ‘mahu melakukan’ atau ‘malas melakukan'. Inilah yang harus kita didik.

    c. “Dan perkataan yang baik itu adalah sedekah”.

    · Perkataan yang baik tumbuh dari jiwa yang baik
    · Mengeluarkan perkataan yang baik hatta kepada orang yang jahat.
    “ Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara ia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia” ( Q.s. Fushilat :34).
    · Allah SWT memerintah kita untuk mempergauli manusia dengan akhlak yang baik”
    · Perkataan yang baik adalah ubat atau rawatan kepada orang membuat kejahatan

    d. “Dan setiap langkah kaki untuk salat adalah sedekah.”

    Solat yang benar-benar hadir jiwanya.

    e. “Dan menyingkirkan sesuatu rintangan dari jalan adalah sedekah.”

    · Menyingkirkan apa saja yang mengganggu manusia ketika di jalan atau di mana-mana tempat usaha mereka.
    · “ Iman itu terdiri dari 69 cabang, maka yang paling utama adalah perkataan “ Lailallaha Illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan dari jalan, Dan malu merupakan cabang iman. ( H. r Muttafaq Alaih )

Wednesday, August 13, 2008

I have a friend


Aku punya seorang teman..
Jiwanya besar.
Setiapkali aku menghadiri program bersamanya hatiku merasa sangat senang.
Dia membuatkan aku merasa kuat..
Setiap kali aku memandang wajahnya, membuatkan aku ingat pada Allah..
Berada disampingnya, membuatkan hati aku menjadi tabah.
Saat aku lagha dan lalai dengan keadaan duniaku,
Saat aku ragu2 dan lupa..
Apabila aku bertemu dengannya, segala-galanya menjadi terang dan jelas..
Dia membuatkan hati ku merasa lapang
Aku merasa sangat bahagia apbila mendengar kata nasihat dan semangat dari mulutnya.. Terima kasih,
Wahai sahabatku yg amat ku kasihi..
Aku mendoakan agar Allah memelihara diri mu..
Supaya kau terus menjadi sumber kekuatan buatku..

Monday, July 28, 2008

Kau Mencintaiku

Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

sajak Husna untuk kak Azzam nya
'Ketika Cinta Bertasbih 2'

Monday, May 26, 2008

new collections



35 Sirah Shahabiyah
"Beautifully put into words.. "

Tuesday, April 15, 2008

Dakwah dan Cinta


Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak pernah putus harapan tehadap mana-mana manusia. Ya, ada kalanya sebahagian dari manusia susah ditundukkan kepada al-Haq, akan tetapi dengan kesabaran, hilm dan dengan doa dari hati yang ikhlas, masalahnya akan mudah diurus.

Ya Akhi..
Aku tidak akan memandang ke belakang, tetapi sebaliknya aku berusaha setiap detik dengan amal yang baru untuk dakwah. Aku berfikir, hatiku sentiasa terbakar dan aku merasa tersiksa melihat muslimin yang hidup dala kelalaian. Aku mencintai saudara-saudaraku. Aku sentiasa menganggap bahawa cinta mereka ini ibarat iksir hayat (geliga kehidupan) dan kebahagiaan yang sentiasa memberiku bekalan dan bahan bakar. Aku akan terus membaca, berfikir dan berusaha mengenali seorang saudara baru. Akan ku tulis risalah dan surat kepada saudara-saudaraku selagi aku mampu.

Ya Akhi..
Aku seperti yang kau lihat adalah seorang lelak yang dimabuk cinta kepada saudara-saudaranya serta tidak punya perlabuhan di dalam dunia ini kecuali hati dan jiwa. Inilah rindu yang agung dan perasaan yang subur yang telah dijadikan Allah di sisi orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, yang saling ziarah menziarahi dan duduk bersama di dalam suatu majlis kerana Allah.

Sesungguhnya dakwah kita bukanlah dakwah tempatan sahaja dan tidak ada padanya asabiyah. Dakwah kita adalah untuk semua manusia. Oleh kerana itu dakwah kita adalah dawah ‘alamiah. Adalah satu kesalahan membatasinya kepada satu negeri atau benua.


Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata:
“Sekiranya aku mampu, aku ingin menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang dilahirkan”
Dengarlah.. berapa banyakkah saudara-saudara kamu yang telah kamu cintai? Bayangkanlah, apabila kamu bangun melaksanakan kewajipan dakwah ini, kamu akan mencintai banyak orang dan banyak pula yang akan mencintai kamu. Kamu akan merasa sugguh bahagia dengan hati-hati mereka dan hati-hati mereka merasa bahagia dengan hati kamu. Apa yang akan ku katakana kepadamu… sesungguhnya kamu dan saudara-saudara kamu yang tercinta, yang berada di sisi kamu itu merupakan peluang keemasan yang tidak ternilai di kalangan generasi ini kalau kamu dapat mempersatu padukan mereka di atas jalan Allah.