Rasullallah saw telah menjelaskan kepada kita beberapa cara untuk bersedekah dalam hadith ini :
a. “ Engkau mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah”
· Membantu yang lemah untuk menjadi kuat.
· Membimbing yang berbuat dosa untuk bertaubat.
· Mendamaikan dua pihak yang bersengketa sehingga mereka berbaik dan berkasih sayang
· “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan2 dari orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat maaruf, atau mengadakan perdamaian di atara manusia.”
( Q.s. AnNisa’ : 114)
b. “ Engkau membantu seseorang mengangkatnya atau mengangkat barang-barang nya ke atas tunggangannya adalah sedekah.
· “ Allah akan sentiasa menolong seorang hamba manakala hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( H.r dari Abu Hurairah )
· Membantu dalam apaj ua aspek - fizikal pemikiran dll.
· Ini bergantung kepada kekuatan yang ada dalam jiwa kita,dorongan ‘mahu melakukan’ atau ‘malas melakukan'. Inilah yang harus kita didik.
c. “Dan perkataan yang baik itu adalah sedekah”.
· Perkataan yang baik tumbuh dari jiwa yang baik
· Mengeluarkan perkataan yang baik hatta kepada orang yang jahat.
“ Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara ia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia” ( Q.s. Fushilat :34).
· Allah SWT memerintah kita untuk mempergauli manusia dengan akhlak yang baik”
· Perkataan yang baik adalah ubat atau rawatan kepada orang membuat kejahatan
d. “Dan setiap langkah kaki untuk salat adalah sedekah.”
Solat yang benar-benar hadir jiwanya.
e. “Dan menyingkirkan sesuatu rintangan dari jalan adalah sedekah.”
· Menyingkirkan apa saja yang mengganggu manusia ketika di jalan atau di mana-mana tempat usaha mereka.
· “ Iman itu terdiri dari 69 cabang, maka yang paling utama adalah perkataan “ Lailallaha Illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan dari jalan, Dan malu merupakan cabang iman. ( H. r Muttafaq Alaih )
Tuesday, September 2, 2008
Bersedekah
Seseorang hamba apabila tiba waktu pagi, dia berniat untuk melakukan kebaikan untuk dirinya dan orang lain, dia akan berada di dalam pemeliharaan Allah SWT. Seseoang hamba diberi pahala sejak awal hari atau di tengah-tengah harinya mendapat inayah Allah SWT. Rasulallah saw menunjukkan cara memuji Allah, bersyukur dan bersedekah dengan anggota badan. Seseorang yang dicatat baginya nilai sedekah akan bearda dalam pemeliharaan Allah. Seorang yang bangun pagi dan mendapati dirinya sihat walafiat adalah wajar bagi dirinya bersedekah sebagai syukur dan pujian bagi Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment