Saturday, April 12, 2008

Cerpen short


Sedang aku asyik mendengar fly.fm American top 20, tersentak bunyi msg berdering menghentikan lagu rock nyanyian blink 182. Tertera nama Raihan di kaca handset.. Raihan mad’u aku. Tersentak hati.. tiba2 rasa resah. Mataku menangkap baris-baris ayat yang dihantarnnya.
“kak mai.. maaf rehan gangu kak mai. Rehan nak minta nasihat kak mai. Rehan tengah study tiba-tiba rasa otak ni tepu sgt. Tak boleh masuk dah.. banyak lagi nak hafal.. rehan risau kena repeat paper”

Aku terdiam seketika.. aku menekan button ‘turn of’ pada talifon bimbit, radio dimatikan… kepalaku mula ligat mencari ayat yang sesuai untuk membalas msg Raihan. Apa aku nak cakap dgn dia? Aku sendiri pun susah nak study, asyik main game, dgr lagu, berangan di siang hari.. aku sendiri pun lagha dgn study week aku.. setelah 2 minggu lebih terputus dari halaqah.
Jari jemariku mula menaip kata-kata…”pd pandangan akak, Raihan rehat la sekejap, baca al-Quran dulu atau buat perkara lain... Tak elok study teruk sgt berterusan... rai sabar ya.. Allah sedang uji rai sekarang. Keputusan exam nnt tu hak Allah, kita hanya berusaha.. yakin dgn janji Allah! Man jadda wajada. Setiap yang Allah bg tu ada hikmahnya.. pohonlah pertolongan Allah.. sabar ya, dik..”
Button send ditekan.

Ah! Hipokritnya aku.. Allah sedang menegur aku! Tiba-tiba dada terasa panas.. mataku bergenang.. ya Allah, apa yang aku dah buat ni?
Talifon berbunyi. Msg jawab dari Raihan.. “Terima kasih kak mai! Rehan rasa terharu baca msg kak mai. Rehan kagum dgn kak mai.. kak mai sentiasa tenang.. tak macam rehan. Rehan tak sekuat kak mai.. terima kasih ya kak mai”
Tiba-tiba panas titisan air mataku mengalir di pipi.. 'aku kuat?' bisik hati..
hanya Allah yang tahu., bertapa lemahnya aku.. aku kecewa perkara-perkara kecil dalam hidupku. Tanpa aku sedari, aku melemahkan diri aku kerana aku marah pada apa yang Allah takdirkan padaku.. Aku yang merosakkan kemanisan iman yang aku rasai selama ini.. Astaghfirullah.. berdosanya aku.. aku lupa untuk redha dan bersyukur pada Allah.. selama ini, aku hanya tahu merungut.. menangis atas perkara yang terlalu lekeh untuk seorang daie.. cinta dunia yang hina.. ya Allah, ampunkanlah aku! Ya Allah.. kembalikan aku kepada diriku ketika aku hampir pada Mu.. Wahai yang Maha Mendengar.. aku pohon…

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
umaq_eiman said...

semoga Allah memberkati penulis cerpen ini. Mai is like myself n many many of bro n sis who love to talk about islam but not practising it.

damn me/