Aku menyedari akan sikapku yang mengabaikan hakmu ke atasku, supaya aku menjadi sahabat yang baik.. yang sentiasa menggerakkan mu bekerja di jalan Allah.. aku memohon dengan penuh kekesalan agar kau memaafkan sikapku.
Namun aku juga menuntut hakku ke atasmu supaya kau berbaik sangka kepadaku. Bahawa aku mencintaimu kerana Allah. cinta ku padamu itulah roh yang memberikan kekuatan untukku bergerak dalam medan yang serba pahit ini. Walaupun kadang kala jalan kita berbeza, namun ketahuilah, yang menjadi penggerak kita bekerja adalah perkara yang sama. Seruan yang kita kibarkan juga adalah seruan yang sama, iaitu supaya manusia kembali kepada Allah. Dakwah kita kita adalah untuk islam.. dan islam itu hanya satu... Iaitu islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam itu jualah yang kita pikul bersama.. semoga Allah merahmatimu.
Aku merasa malu kepadamu, di atas kelalaian ku dalam memelihara akhlakku. Sesungguhnya akhlak daie ialah cermin kejernihan dakwahnya. Aku merasa sedih dan kecewa kerana aku gagal mempertahankan akhlak yang baik. Aku bimbang, akulah yang akan menjadi lubang fitnah kepada Islam. Aku merasa lemah setiapkali aku diberatkan dengan musibah… di uji dengan sahabat-sahabatku.. dirisaukan tentang hal-hal remeh temeh, disibukkan dengan dunia, dirasuah oleh kesakitan tubuh badan yang sedikit untuk aku berehet daripada berdakwah… sesungguhnya tiada rehat di dalam jalan dakwah melainkan apabila kita kembali menemui Allah.
Katakanlah: “Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )
(Surah Az Zumar : 53-56)
Justeru aku menggagahkan juga diriku untuk terus berseru. Walaupun aku tahu yang aku terlalu banyak tergelincir dalam kefuturan. Namun aku yakin, seteruk mana pun keadaanku, setiap saat yang aku lalui bakal disoal oleh Allah. dan aku tidak akan mensia-siakan saat ini, untuk merasa malu dan berhenti menasihatimu.
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya taqwalah yang membezakan kedudukan setiap kita di sisi Allah. Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa. Bekerjalah di jalan Allah dengan hati yang penuh dengan cinta. Sesungguhnya kita semua umpama batu bata yang membentuk Deen ini. Setiap satu mengukuhkan antara satu sama lain. Jika salah satu bata ini gugur, lemahlah binaan Islam. Mudahlah ia roboh jika diserang oleh musuh. Oleh itu, kuatkanlah aku dengan peringatan-peringatan dari Allah. Supaya aku sentiasa mengingati Allah dan menjadi kekuatan kepada Islam.. Wallahu’alam.
Tuesday, June 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment