Monday, March 17, 2008


Awaken soul..
From a deep sleep..
I shed tears..
Thinking all the time
I’ve wasted resting..
In bed, in front of tv..
Laughing, walking.. doing nothing..

And now,
I have nothing in hand..
Nothing to give
Only this life..
My every second of time
My every unit of energy
Are all that left for me to give..
To devote my life to You..

Sunday, March 2, 2008

Sindrom kelesuan seorang daie



Aku tak pernah rasa begini sibuk sepanjang aku hidup di universiti... Teruk sgt bagai nak mati.. assignment, kelas, usrah, program sana sini, exam dan kuliah ganti... Hati ini merasa semakin rimas dgn kesibukan yang tak henti-henti.. Letih setiap saat minit dan hari... lantas aku mula mencari penghibur hati yang dapat menghilangkan letih yang menyeksa diri.. suatu petang, ku terdengar dendangan muzik cinta yang bergema dari radio bas, terkenang pula nostalgia lama di zaman remaja... zaman ketika tarbiyah masih tiada tempat di ruang hati.. Tiba2 hati terasa rindu.. terasa enak di gendang telinga, menusuk jiwa.. ah, sekali sekala..gesakku. Lalu iman pun mula menangis... perlahan2 mengalir pergi dari hati..
hari ini, aku agak free.. hujung minggu tiba bagai dinanti2.. dapat aku releks sebentar dan istirehat diri.. suasana asrama suyi sepi, ramai manusia keluar menghibur diri.. aku? Tiba2 terfikir, dah lama aku tak menonton tv.. apa salahnya sesekali melayan kehendak diri.. dari pukul 8 pagi hinggalah 12 tengahhari.. ya, Allah.. dah terleka pula, cepat masa berlalu pergi..
tiba2 perut berkeroncong dan beryanyi.. dah tengah hari ni, ak perlu mengisi keperluan fisiologi.. menambah bekalan energi.. lantas ku bergegas ke cafe university.. wah, semua lauk kelihatan enak sekali.. nak cuba rasa yang itu, ak cuba yang ini.. ah, apa salahnya sesekali.. perut yang kecil diisi bagai sebesar guni.. ah, puas rasanya.. balik ke hostel, baru ku teringat.. aku belum study lagi. Em, buka lah nota, buku dan handout serba serbi.. tiba2 mata mula terasa berat bak lanit nk jatuh ke bumi.. iman menangis lagi.. semakin nipis menghakis dari hati..
lalu bantai disorong ke pipi, berlayarlah aku keruang mimpi.. dibuai alam fantasi.. azan bergema, sayup ke telinga..amun tak tembus ke hati.. biar la dulu, aku nak tidur sedikit lagi.. dah selalu aku ontime solat setap hari.. seali sekala saja lewat seminit dua.. terjaga saja dari lena, jam menunjukkan waktu dah nak senja.. alamak. Asarku masih entah kemana.. cepat2 la berlumba dgn azan maghrib, harap, takbirratul irhamku sampai dulu sebelumnya.. hm.. akhirnya hariku berlalu dgn sia-sia, tambah lagi 2,3 dosa.. iman menagis hiba.. syaitan dan iblis berpesta bergelak ketawa... ‘padan muka dia’ kata mereka..

Saturday, February 16, 2008

Suara HAti

Kumerasai kehadiran Allah dalam setiap getaran nafasku.. dosa ini telah membuatkan hatiku runtuh.. kesombonganku hancur luluh.. air mata memacu deras bagai arus denai tanpa hilir. Hati ini bergetar ketakutan. Akan kah aku kekal sedar begini.. sampai bila? Aku sgt takut kembali ke lebah hina itu. Ya Allah.. jangan tinggalkan aku. Kurelakan segala kepayahan ini. Nikmat Allah yang telah aku hayati tak terbanding.. tak terhitung.. tak layak untuk diri ini berasa sedih.. Aku malu untuk berasa sedih dgn musibah yg sekecil ini.. malu untuk merungut kepayahan. Kepayahan apa? Sedangkan selama ini aku hidup dalam mahligai kenikmatan. Cukuplah.. cukuplah kerosakan yang aku lakkan pada jiwa ini. Berikan ruang pada iman.. pada zuhud dan taqwa.. aku inginkan mereka bersamaku.. sentiasa menguasai jiwaku. Melahirkan benih2 dakwah dalam urat sarafku..Sampai bila2....

Thursday, January 24, 2008

Menanti..

Benarlah.. bahawa tiada kebahagiaan yg lebih hakiki melainkan hidup dengan penuh yakin pada Allah.. apbila kita meyakini zatNya, meyakini keagungaNya.. cintaNya yang hakiki, jiwa ini lengkap dan bermakna. Tiada lagi yang aku perlukan melainkan Allah. This life is so stressful di saat aku jauh dariNya. Walaupun dihujani kesenangan dan nikmatan dunia... tak terbanding. Jiwa terasa sgt kosong dan mati. Aku perlukan ubat! Aku perlukannya segera!! Ya Allah, bantuilah aku... i need YOU

Sunday, December 23, 2007

My Heart

Dalam diri manusia Allah jadikan segumpal darah iaitu hati. Hatilah tempat bergolaknya perasaan, tempat berbunganya rasa cinta dan rindu, tempat membakarnya rasa marah dan dendam. Hati akan merasa sakt jika yang dihajati tak kesampaian, keinginan kita tak dapat ditunaikan.. hati juga akan merasa bahagia jika impian kita menjadi kenyataan, bila yang diidamkan berada dalam genggaman.

Dan hati ini, kita sentiasa berhajat kepada sesuatu.. seringkali kita rasa inginkan sesuatu utk mengisi kekosongan hati. Kerana sepertimana jasad, hati juga perlu kepada makanan.. hati yang dibiarkan kosong tanpa pengisian akan sakit dan merana. Ada orang yang megisi kekosongan hati dengan alunan muzik yang melayan jiwa dan perasaan, dengan lagu-lagu cinta yang mengasyikkan.. ada juga yang ingin mengisi kekosongan hati dengan cinta si dia agar tak kesunyian, ada juga yang memberi makan hatinya dengan jenaka lucu dari tv, komik dan hiburan dari segala ruang media.. tapi akhirnya, ramai yang tidak dapat menjadikan semua itu sebagai penawar keresahan dan kekosongan hati. Hatinya masih kekurangan sesuatu, tidak merasa nikmat kehidupan yang sebenarnya.

Apa sebenarnya yang diperlukan oleh hati? Jika diisi dengan hiburan dunia yang melalaikan, hati akan rosak. Kerana dunia sifatnya tidak pernah cukup.. kita akan mudah rasa bosan. Oleh itu, hati kita sangat perlu kepada sesuatu yang mensucikan, yang boleh menjadi ubat penawar segala gundah gulana.. setelah sekian lama hati terdedah kepada perkara-perkara yang melalaikan, ia akan menjadi kotor dan keras. Macam pakaian kita juga, hati kena selalu dibersihkan. Kalau baju, kita sanggup basuh hari-hari supaya tak busuk dan kotor, siap tambah pelembut dan pewangi.. bagaimana pulak nasib sekeping hati di dalam diri ni? Bilakah kali terakhir kita basuh ia dengan taubat nasuha, kita lembutkan ia dengan zikrullah dan tambah pewangi muraqabah(sentiasa merasa kehadiran Allah). Kerana tanpa muraqabah, hati akan mudah ditakluki syaitan.. sudah la kotor dan busuk dengan maksiat dan dosa, malah dengan mudah nya disinggahi parasit laknatullah, si iblis dan syaitan.

Selain itu, sentiasalah kita suburkanlah hati dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan perbincangan yang mngingatkan kita kepada Allah, kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Tapi nasihat dan ilmu takkan dapat terkesan di hati, kalau kita tak bersihkan dahulu hati itu. Umpama cawan yang kotor berhabuk.. jika dituang dengan air sejernih manapun, air tu akan menjadi keruh. Begitu jugak hati kita.. sentiasalah muhasabah diri kita setiap masa..setiap hari. Apa khabar hati kita hari ini? Adakah dalam iman atau sebaliknya. Kita renung nasihat Imam Malik, ilmu itu umpama cahaya Allah, ia tidak akan memasuki ke dalam hati yang kotor.Wallahu’alam.

‘Di antara kemenangan dan kekalahan itu, kadangkala hanya dipisahkan oleh sesaat kesabaran’

Wednesday, November 21, 2007

Masa dan Waktu


Imam Asy-Syafi’e pernah berkata: “Aku pernah bersahabat dengan kaum sufi. Aku tidak memetik manfaat dari mereka kecuali dua ungkapan bijak. Pertama berbunyi; ‘Waktu adalah pedang, jika engkau tidak dapat mematahkannya, ia akan memenggalmu’. Kemudian menyebutkan ungkapan lain; ‘Dan nafsumu, jika engkau tidak membuatnya sibuk dengan kebenaran, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan.”

Saturday, June 23, 2007

Qalbun Salim





Ibn Qayyim telah menulis: “Hati adalah satu-satunya saja yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk ditempatkan IMAN”

Seandainya terabai kesihatan hati maka Iman akan melemah sehingga tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan ubudiyyah